Sunday, 5 August 2012

Mungkinkah ini penyebab Chong Wei kalah?

Dalam pertandingan akhir badminton Olimpik semalam Dato’ Lee Chong Wei tertewas kepada pemain China Lin Dan dalam permainan tiga set. Selepas Chong Wei menang set pertama kita merasakan seolah-olah Chong Wei boleh menjuarai badminton perseorangan Olimpik kali ini,.. tapi apa kan daya !!.

Apakah Chong Wei terganggu dengan kehadiran badak air yang pernah membuatnya lemas dan fobia satu ketika dulu. Mungkinkah bau masam-masam kelat yang mencucuk hidung itu tiba-tiba menghantuinya ! Kalau tidak tak kan prestasi Chong Wei merudum di set kedua!

Seperti yang kita harap, Chong Wei tetap bangkit di set penentuan, dan beliau hampir-hampir memenanginya, namun akhirnya terpaksa akur juga,.. kalah dengan mata 19-21. Mungkin nasib tidak menyebelahinya !! Apa-apa, shabas juga buat Chong Wei kerana telah mengekalkan pingat perak dan menjadikannya pingat pertama untuk Malaysia dalam sukan olimpik kali ini.

Oleh : rahimothman

No comments:

Post a Comment