RAKAMAN kamera litar tertutup menunjukkan suspek sedang mencuri wang dari sebuah stesen minyak di Puchong, Selangor baru-baru ini |
KUALA LUMPUR - Para pengusaha stesen minyak kini berdepan dengan jenayah licik seorang penganggur yang bertindak mencuri wang dari stesen berkenaan beberapa jam selepas diambil bekerja.
Kosmo! difahamkan sekurang-kurangnya tiga stesen minyak di Lembah Klang telah mengalami kerugian beribu-ribu ringgit akibat dipedayakan oleh lelaki berusia 20-an itu.
Terbaharu, lelaki terbabit berjaya mempedayakan pengusaha sebuah stesen minyak di Puchong, Selangor untuk mengambilnya bekerja pada Jumaat lalu.
Bagaimanapun, beberapa jam kemudian, lelaki yang menggunakan identiti palsu semasa memohon kerja itu mencuri RM4,268 dari stesen minyak itu.
Penyelia stesen minyak tersebut, Noorzieanna Naim berkata, dia tidak menyangka pemuda yang kelihatan warak itu didapati bertanggungjawab mencuri wang di stesen minyak berkenaan.
"Semasa dia minta kerja, kami lihat dia begitu baik dan jujur serta mempunyai pengetahuan dalam urusan stesen minyak.
"Mujur kami berjaya merakam perbuatannya mencuri melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV)," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
No comments:
Post a Comment