Saturday 4 August 2012

Guru Wanita Yang Terlampau...

Bekas guru di sekolah menengah terkemuka di Singapura yang dikatakan mengadakan hubungan seks dengan seorang budak lelaki bawah umur, telah didakwa.

Guru wanita itu berusia dalam 30-an, didakwa di mahkamah, kelmarin.

Menurut akhbar Straits Times, beliau mengadakan hubungan seks dengan kerelaan dengan pelajar itu beberapa kali.

Pertama kali mereka mengadakan hubungan seks pada Januari, tahun ini.

Pihak pendakwa raya berjaya mendapatkan perintah agar nama budak itu tidak didedahkan.

Tertuduh tidak diwakili dan mungkin akan menghadapi tuduhan sama yang lain.

Beliau akan dihadapkan ke mahkamah sekali lagi pada 18 Ogos dan ikat jamin sebanyak S$10,000 (RM25,128) akan dilanjutkan hingga tarikh berkenaan. - ST

No comments:

Post a Comment