Gambar Hiasan |
Dalam kejadian pukul 4.30 petang itu, mangsa Nurul Izzah Khalid, 26, berkata, suaminya Musyrif Abu Bakar, 29, menghentikan kereta di simpang jalan berdekatan kompleks berkenaan untuk membeli ubat untuk anaknya di farmasi.
"Kejadian itu berlaku dengan pantas. Suami saya keluar dari kereta dan belum sempat saya nak menekan punat kunci pintu itu, seorang lelaki naik dan tekan minyak,” katanya ketika menceritakan saat-saat cemas ketika kejadian itu.
Nurul Izzah berkata, pemuda berusia dalam lingkungan 20-an itu naik marah apabila beliau mengeluarkan telefon bimbit untuk menghubungi suaminya, serta mengugut untuk membunuh beliau dan bayinya jika tidak memberi telefon itu kepadanya.
"Selama 10 minit berada dalam kereta itu, saya kata ambil sahaja kereta ini dan merayu supaya tidak mencederakan saya dan bayi. Dia terus berhenti dan menolak saya keluar, kira-kira 500m dari tempat kejadian” katanya di sini semalam.
Beliau, yang bekerja sebagai pembantu pegawai teknik di Telekom Malaysia (TM) Seberang Perai, berkata, anaknya Muhammad Qayyum selamat kerana berada dalam dakapannya ketika ditolak keluar dan pemuda itu melarikan keretanya jenis Proton Persona dengan nombor pendaftaran PKB 8386.
Katanya, wang tunai sebanyak RM200 dan semua barang keperluan untuk menyambut Aidilfitri yang disimpan dalam kereta itu turut dilarikan. – BERNAMA
No comments:
Post a Comment