Sunday 5 August 2012

Jadi Artis Jalan Pintas Untuk Dapat Datuk?

Komposer Ajai Bakal Terima Gelaran 'Datuk'.


Komposer terkemuka Ajai telah disahkan bakal menerima pingat penganugerah yang dinobatkan gelaran 'Datuk' tidak lama lagi.

Ianya disahkan dalam akhbar Mingguan Malaysia semalam menerusi salah satu slot dalam segmen hiburan Pancaindera. Menerusi penulis yang menggunakan nama samaran Joyah, beliau mendakwa maklumat dan sumber yang dipercayai mengenai penganugerahan 'Datuk' terhadap komposer tersebut.

Wartawan tersebut juga cuba menghubungi Ajai bagi mengesahkan perkara tersebut akan tetapi gagal.

Ramai dari kalangan beberapa masyarakat yang menganggap penganugerahan tersebut tidak releven tidak kurang juga menyokong atas alasan krelibiliti dan sumbangan Ajai dalam Industri seni dengan menghasilkan beberapa buah lagu yang berkualiti dan mampu memberi kejayaan besar.

Malah ianya juga dikatakan satu pengikhtirafan terhadap industri seni yang tidak boleh dipandang rendah dari mana-mana pihak berdasarkan peningkatan sumbangan industri ini dalam menaikkan imej Negara di samping memberi sumbangan dalam menjana ekonomi Negara.

Bekas suami Penyanyi Nurul tersebut pernah menghasilkan beberapa buah lagu popular yang pernah dinyanyikan beberapa artis termasuklah Kris Dayanti dan Datuk Siti Nurhaliza.

No comments:

Post a Comment