Monday 27 August 2012

Padah tendang kakak pada pagi raya

MUHAMMAD NAJMI didakwadi Mahkamah Majistret Kota Bharu kerana menendang kakak tirinya semalam.

KOTA BHARU – Seorang penganggur dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan menendang lutut kakak tirinya di rumah mereka di Jalan Kuala Krai di sini pada pagi 1 Syawal lalu, yang lazimnya menjadi detik untuk umat Islam bermaaf-maafan.

Bagaimanapun, tertuduh, Muhammad Najmi Yamin, 20, mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan semasa dihadapkan di hadapan Majistret Muhamad Safuan Azhar.

Muhammad Najmi didakwa menyebabkan kecederaan ke atas Paziah Mat Rovi, 38, dengan menendang lutut kiri mangsa di sebuah rumah di Kampung Tunjung di Jalan Kuala Krai di sini pada pukul 10.30 pagi 19 Ogos lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Saturday 25 August 2012

‘Pelancong penyamun’


KOTA KINABALU: Dengan hanya berbekalkan peta laluan yang diperoleh di pusat pelancongan, sekumpulan lima ‘pelancong penyamun’ dari Semenanjung memecah masuk beberapa unit kediaman sekitar bandar raya ini untuk mengaut barangan samun bernilai ratusan ribu ringgit.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata, kelicikan tiga lelaki dan dua wanita termasuk seorang warga China itu berakhir apabila mereka dicekup dalam satu serbuan khas di sebuah hotel, di sini, Rabu lalu.

Menurutnya, semua suspek yang ditahan berusia antara 34 dan 54 tahun dan tiba di negeri ini sejak 14 Julai lalu kononnya sebagai pelancong dan mereka turut menyewa kenderaan yang digunakan untuk mencari rumah yang ingin disamun.

“Kumpulan itu bergerak dengan hanya berdasarkan peta diperoleh dari pusat pelancongan sebelum menyasarkan pangsapuri dan kondominium mewah sekitar bandar raya ini.

“Hasil siasatan, polis menyerbu dua bilik di sebuah hotel dan menemui sebahagian besar barangan dilaporkan hilang oleh pemilik rumah berkenaan,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, di sini, semalam.

Jauteh berkata, antara barangan dirampas termasuk wang tunai berjumlah RM847, beberapa beg tangan wanita, barangan kecantikan, pelbagai mata wang asing selain peralatan pertukangan yang dipercayai digunakan untuk memecah rumah.

“Mereka memulakan ‘operasi’ sehari selepas tiba di negeri ini dan sebelum memecah masuk pangsapuri atau kondominium mewah, mereka terlebih dulu mengetuk pintu rumah.

“Jika tiada maklum balas, barulah mereka memecah masuk kediaman itu. Sekiranya rumah itu berpenghuni, mereka akan berpura-pura bertanyakan sesuatu sebelum beredar,” katanya.

Menurutnya, kumpulan ‘pelancong penyamun’ itu dipercayai terbabit dalam 14 kes pecah rumah membabitkan kerugian RM440,000 di sekitar bandar raya ini.

Katanya, semua suspek kini ditahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Tuesday 21 August 2012

Hot Pre-Race Warm-Up Dance


Sunday 19 August 2012

Detik cemas bagi ibu dan bayi apabila kereta dilarikan

Gambar Hiasan
KEPALA BATAS – Seorang ibu dan bayi lelaki berusia lima bulan ketakutan di malam raya apabila keretanya dilarikan oleh seorang pemuda berdekatan Kompleks Dato Kailan di sini, kelmarin.

Dalam kejadian pukul 4.30 petang itu, mangsa Nurul Izzah Khalid, 26, berkata, suaminya Musyrif Abu Bakar, 29, menghentikan kereta di simpang jalan berdekatan kompleks berkenaan untuk membeli ubat untuk anaknya di farmasi.

"Kejadian itu berlaku dengan pantas. Suami saya keluar dari kereta dan belum sempat saya nak menekan punat kunci pintu itu, seorang lelaki naik dan tekan minyak,” katanya ketika menceritakan saat-saat cemas ketika kejadian itu.

Nurul Izzah berkata, pemuda berusia dalam lingkungan 20-an itu naik marah apabila beliau mengeluarkan telefon bimbit untuk menghubungi suaminya, serta mengugut untuk membunuh beliau dan bayinya jika tidak memberi telefon itu kepadanya.

"Selama 10 minit berada dalam kereta itu, saya kata ambil sahaja kereta ini dan merayu supaya tidak mencederakan saya dan bayi. Dia terus berhenti dan menolak saya keluar, kira-kira 500m dari tempat kejadian” katanya di sini semalam.

Beliau, yang bekerja sebagai pembantu pegawai teknik di Telekom Malaysia (TM) Seberang Perai, berkata, anaknya Muhammad Qayyum selamat kerana berada dalam dakapannya ketika ditolak keluar dan pemuda itu melarikan keretanya jenis Proton Persona dengan nombor pendaftaran PKB 8386.

Katanya, wang tunai sebanyak RM200 dan semua barang keperluan untuk menyambut Aidilfitri yang disimpan dalam kereta itu turut dilarikan. – BERNAMA

Berehat Dari Berlakon Lucah


SUNNY LEONE


AKTRES Bollywood yang merupakan pelakon lucah, Sunny Leone menjelaskan, dia ingin berehat selama setahun daripada berlakon dalam filem porno walaupun ia sudah sebati dengan namanya.
Sunny memberitahu sebuah akhbar utama di India bahawa dia akan menumpukan perhatian terhadap tawaran berlakon filem arus perdana.
"Saya akan semakin sibuk dalam dunia Bollywood untuk sekurang-kurangnya dalam tempoh setahun. Jadi, dalam tempoh itu saya tidak akan terlibat dalam apa-apa produksi lain.
"Biarlah produksi pornografi itu meneruskan filem-filem mereka, tetapi buat masa ini saya tidak akan terlibat," kata pelakon filem Jism 2 itu.
Dalam pada itu, Sunny semakin menunjukkan minatnya kepada dunia lakonan yang lebih 'bersih' apabila menyatakan kegembiraannya terlibat dalam industri itu.
"Gelaran sebagai pelakon lucah sukar untuk disisihkan daripada diri saya, tetapi ia bukan lagi menjadi sasaran. Apa yang saya mahukan ialah melakukan kerja yang terbaik dan dihargai.
"Saya berlakon di Bollywood kerana ia mempersonakan saya. Oleh itu saya terima sahaja apa-apa tawaran yang diberikan. Saya mahu lakukan apa sahaja yang boleh membuatkan saya berbangga," kata Sunny.

Monday 13 August 2012

Lelaki 'warak' rupanya pencuri

RAKAMAN kamera litar tertutup menunjukkan suspek sedang mencuri wang dari sebuah stesen minyak di Puchong, Selangor baru-baru ini

KUALA LUMPUR - Para pengusaha stesen minyak kini berdepan dengan jenayah licik seorang penganggur yang bertindak mencuri wang dari stesen berkenaan beberapa jam selepas diambil bekerja.

Kosmo! difahamkan sekurang-kurangnya tiga stesen minyak di Lembah Klang telah mengalami kerugian beribu-ribu ringgit akibat dipedayakan oleh lelaki berusia 20-an itu.

Terbaharu, lelaki terbabit berjaya mempedayakan pengusaha sebuah stesen minyak di Puchong, Selangor untuk mengambilnya bekerja pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun, beberapa jam kemudian, lelaki yang menggunakan identiti palsu semasa memohon kerja itu mencuri RM4,268 dari stesen minyak itu.

Penyelia stesen minyak tersebut, Noorzieanna Naim berkata, dia tidak menyangka pemuda yang kelihatan warak itu didapati bertanggungjawab mencuri wang di stesen minyak berkenaan.

"Semasa dia minta kerja, kami lihat dia begitu baik dan jujur serta mempunyai pengetahuan dalam urusan stesen minyak.

"Mujur kami berjaya merakam perbuatannya mencuri melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV)," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.


Man Toaliap Akhirnya Tumpas

KULIM - Polis berjaya menumpaskan 'Geng Man Toaliap' setelah lima daripada tujuh anggota kumpulan pecah rumah itu termasuk dua wanita ditahan dalam beberapa serbuan sekitar daerah Kulim minggu ini.

Ketua Polis Daerah Kulim Supt Ghuzlan Salleh berkata, kumpulan itu dipercayai terbabit dalam sekurang-kurangnya 10 kes pecah rumah di sekitar daerah Kulim, Seberang Perai Selatan dan Tengah sejak awal tahun ini.

Antara barangan yang dirampas adalah komputer riba, pelbagai jenis jam tangan, telefon bimbit dan pekakas memecah masuk rumah seperti pemotong dawai serta beberapa keping wang kertas Malaysia dan mata wang Turki.

"Kesemua mereka yang ditahan berusia 17 hingga 20 tahun dan berasal sekitar Mukim Junjong. Gelaran Man Toaliap adalah sempena nama ketua kumpulan itu yang turut ditangkap," katanya semalam.

Ghuzlan menyeru mangsa-mangsa kes pecah rumah yang berlaku sekitar 2011 hingga tahun ini supaya tampil membuat laporan polis.

Beliau berkata, seorang daripada wanita yang ditahan itu adalah isteri kepada ketua kumpulan dan seorang lagi wanita membantu isteri ketua kumpulan itu untuk menggadaikan barangan kemas yang dicuri.

Polis masih mencari dua lagi anggota kumpulan tersebut iaitu Mohd Hafizal Othman, 19, berasal dari Kampung Air Puteh, Junjong dan Mohd Arasdi Khalid, 16, berasal dari Kampung Padang Janggus, Junjong, untuk membantu siasatan kes tersebut. - Bernama

Saturday 11 August 2012

Artis Teguk Bir Di Bulan Ramadan

KUALA LUMPUR, 8 OGOS 2012: Penghibur kelahiran Singapura, Roslan Shah kembali menghangatkan industri dengan kontroversi terbaru yang mengatakan dia telah meneguk bir atau arak di khalayak ramai seperti yang dilaporkan sebuah blog.

Menjawab mengenai isu tersebut kepada murai.com.my, Roslan Shah berkata dia sendiri terkejut apabila mendapat tahu mengenai khabar itu menerusi seorang peminat yang memberitahunya melalui Facebook kira-kira 2 minggu lalu.

Malah, Roslan Shah juga menegaskan tuduhan itu langsung tidak berasas dan menganggap ianya sebagai fitnah semata-mata.

"Terus-terang saya sendiri terkejut apabila mendapat tahu wujudnya artikel itu di dalam blog yang tidak dikenali siapa pemiliknya itu pada 2 minggu lalu. Malangnya, saya baru menyedarinya, padahal artikel itu sudah dikeluarkan pada tahun lalu iaitu 11 Mac 2011.

"Apa-apa pun saya berasa amat terkilan dan kecewa dengan tuduhan itu kerana terang-terangan dia menuduh saya yang membeli minuman tersebut dan meminumnya di restoran mamak. Malah, tindakannya yang menerbitkan artikel tersebut adalah tidak beretika sama sekali.

"Mana tidaknya, saya sentuh minuman itu pun tak pernah, lagikan hendak meneguknya di khalayak ramai. Lagipun siapa dia (penulis blog berkenaan) ? Jika orang yang mengenali saya pun mereka akan tahu bagaimana tingkah laku saya.

"Ibu dan keluarga saya juga tahu saya tidak akan berkelakuan sebegitu. Tapi jika mereka tahu tentang perkara ini pasti mereka akan malu dan sedih kerana mereka tahu saya tidak akan lakukan semua itu," jelasnya ketika ditemui selepas majlis Buka Puasa anjuran Kementerian Perdangangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), bertempat di hotel Seri Pacific, kelmarin.

Dalam blog tersebut, menuduh Roslan Shah dilihat keluar dari kedai serbaneka, 7-Eleven dan menuju ke kedai mamak yang terletak di Setapak dengan membawa sebuah beg plastik dipercayai berisi beberapa botol bir. Tidak lama kemudian beberapa remaja lelaki dalam belasan tahun dan awal 20-an yang didakwa sebagai mat rempit menyertainya.

Menurut Roslan, dia sudah memaafkan penulis blog itu, cuma berharap pemilik blog tersebut segera memadamkan entri tersebut daripada terus dipaparkan atau disiarkannya di dalam laman blog berkenaan.

Jika tidak, Roslan memberitahu, dia tidak teragak-agak untuk menyaman blog berkenaan di atas tindakan yang tidak bertanggungjawab itu.

" Bersempena bulan ramadan yang mulia ini, saya belum bercadang mengambil sebarang tindakan terhadap penulis blog ini kerana menghormati bulan yang baik ini. Cuma saya memberi amaran agar penulis blog ini bertanggungjawab atas tindakannya dengan memadamkan artikel dan entri blog tersebut .

" Seandainya saya dapati artikel yang sama masih disiarkan selepas ramadan nanti, maka saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik blog berkenaan ," tegasnya lagi.

Sementara itu, Roslan juga menyangkal dakwaan kononnya tindakan beliau itu hanyalah untuk meraih publisiti murahan. Menurut Roslan, maruah serta harga diri beliau sebagai seorang selebriti menjadi taruhan.

" Saya kesal kerana hal ini melibatkan reputasi saya selaku seorang anak seni dan sekaligus mencemarkan nama baik saya. Tambahan pula, ibu saya berada dalam keadaan kurang sihat, jadi saya tak mahu perkara sebegini mempengaruhi keadaan kesihatan beliau ," tambah Roslan lagi.

http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=12579&c=1&s=1

Mercun Dibalut dengan ayat Al-QURAN


Beberapa penduduk di sini terkejut besar apabila menemui cebisan pembalut mercun diperbuat daripada kertas yang tertulis ayat-ayat suci al-Quran. Penemuan yang turut dilaporkan berlaku di Matang Kuli dan Nibong itu, sekali gus mendatangkan kemarahan penduduk yang menyifatkan perbuatan menggunakan kertas yang mengandungi ayat kitab suci tersebut sebagai satu penghinaan terhadap umat Islam.

Kes itu dilaporkan berlaku di Panton Labu apabila seorang peniaga, Nurdin, 34, menemui kertas mercun yang dipenuhi tulisan Arab pada minggu lalu ketika sedang berniaga di kedainya.

"Saya terjumpa cebisan mercun di depan kedai saya dan setelah diteliti, saya dapati tulisan Arab tersebut merupakan ayat al-Quran. "Saya menemui beberapa cebisan lain dan bertindak melaporkan perkara ini kepada Majlis Permesyuaratan Ulama (MPU) Tanah Jambo Aye untuk tindakan lanjut," katanya.


Ketua MPU, Tgk Ramli Syam berkata, cebisan yang ditemui oleh Nurdin itu disahkan merupakan helaian daripada al-Quran. "Perbuatan ini merupakan satu penghinaan terhadap umat Islam dan disengajakan. Mereka yang bertanggungjawab dalam hal ini perlu ditangkap dengan segera," katanya. - AGENSI

Tuesday 7 August 2012

Wanita derita selepas buang bulu kemaluan

KUALA LUMPUR - Seorang wanita terpaksa menanggung kesakitan teruk selepas kemaluannya melecur selepas menjalani proses pembuangan bulu kekal di sebuah pusat kecantikan terkemuka di ibu negara pada 22 Julai lalu.

Lebih malang, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lee, 39, terpaksa menghabiskan kira-kira RM35,000 hingga RM55,000 untuk mengubati kecederaan melecur di bahagian alat sulitnya itu.

Bukan itu sahaja, dia juga mungkin berhadapan dengan risiko mengalami parut kekal walaupun telah menjalani rawatan tersebut.

Mengimbau kembali kejadian tersebut, Lee berkata, dia telah menjalani proses pembuangan bulu kemaluan yang dikenali sebagai Nano Light sejak enam bulan lalu dengan bayaran perkhidmatan sebanyak RM3,500.

"Dalam tempoh enam bulan, tiada sebarang masalah yang berlaku dan segalanya berjalan lancar.

"Kejadian ini hanya berlaku selepas ahli terapi yang selama ini menjalani proses pembuangan bulu untuk saya diganti dengan orang lain," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Jalan Ampang di sini semalam.

Peminat: Jangan heret Chong Wei ke politik

SHAH ALAM - Sebahagian besar peminat Datuk Lee Chong Wei, yang mengharumkan negara dengan dua pingat perak dalam Sukan Olimpik, berpendirian bahawa bintang badminton itu tidak wajar menyertai politik dan tidak harus diperalatkan oleh mana-mana parti sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pendirian itu disuarakan menerusi bancian online yang diadakan oleh Sinar Harian Online dan juga respons kepada berita bertajuk Chong Wei 'winnable candidate' PRU13?' yang diposkan lewat petang semalam.

Kepada soalan online, "Datuk Lee Chong Wei" wajar diberi peluang tanding PRU13?", respons setakat 6 pagi tadi menunjukkan, 83 peratus tidak bersetuju.

Semalam, beberapa peminat termasuk artis terkenal menyuarakan pandangan bahawa mereka akan mengundi Chong Wei jika bertanding dalam PRU13.

Sementara itu, analisis ke atas respons pembaca berita berkaitan menunjukkan ramai tidak mahu imej 'bersih' Chong Wei tercemar kerana politik.

Ada pembaca yang bimbang bahawa sebagai orang yang tidak berpengalaman, beliau tidak wajar menyertai politik.

Ada pembaca berkata mereka menyokong Chong Wei kerana sukan, bukan kerana sentimen politik dan tidak wajar dijadikan calon PRU13.

Berikut pandangan beberapa pembaca:

Lan XCassanova: "Chong Wei bertanding atas tiket MCA... haramjadah, saya tidak akan undi dia."

Akira Bakhtiar: "Chong Wei kalau tanding atas tiket BN jawabnya Chong Away le. Pandai orang Malaysia dalam berpolitik... orang yang tak ada pengetahuan tentang politik di berikannya jadi calon."

Shaz Hafizi: "Saya cadangkan beliau bertanding di kawasan (Adun Kota Alam Shah) Manoharan, tengok macam mana."

Farouq Omar: "Itu betul... baru panas..."

Mohd Fuad: "Saya sangat setuju di atas jasa serta sumbangan beliau yang telah mengharumkan nama negara. Beliau adalah seorang yang sangat komited terhadap apa yang beliau lakukan sementara disiplin diri yang telah membawa kepada kejayaannya akan menjadi kayu pengukur kepimpinan beliau terhadap masyarakat sejagat."

Ari Zain: "Tidak usahlah masuk politik, politik Malaysia ini banyak sangat mengarutnya baik PR or BN."

Ahmad Nordin: "Kalau (artis) Adibah yang masuk, boleh ke pangkah dia? Datuk LCW elok kekal je dengan badminton kerana itu kepakarannya tersendiri."

Shaikh Mohamed Noordin: "Aku tidak setuju Chong Wei dijadikan 'winnable candidate' oleh mana-mana parti politik lebih-lebih lagi jika beliau masih ingin berkecimpung dalam bidang sukan. Ini adalah kerana ahli sukan sama saja kedudukannya dengan artis, mereka seharusnya tidak dijadikan hak milik oleh mana-mana parti politik kerana mereka adalah hak rakyat. Rakyat tampa mengira latar belakang politik seharusnya memberi penghormatan dan sokongan di atas bakat dan sumbangan mereka terutama yang sudah mengharumkan nama negara. Jika mereka mengambil sikap berpihak, sudah tentu mereka akan dikritik oleh pihak lawan lebih-lebih lagi tak kala prestasi mereka sudah menurun. Akhirnya diri mereka sendiri yang menjadi mangsa kerana diperalatkan oleh parti politik berkenaan. Bagaimanapun secara peribadi mereka berhak untuk sokong siapa saja yang mereka suka tetapi sokongan mereka itu hendaklah disimpan sebagai hak peribadi mereka saja. Kecualilah bila mereka sudah bersara dari bidang sukan dan mempunyai minat pula dalam bidang politik, ketika itu tidak ada siapa lagi yang boleh membidas mereka sekali pun mereka mahu menyokong mana-mana parti secara terbuka atau berhajat menjadi wakil rakyat untuk parti berkenaan."

Zayyadi Salleh: "Jangan diberi amanah kepada yg bukan kepakarannya"

Pakatan Gemilang: "Elok elok sekarang ni disanjung, kalau masuk politik ramai yang menyampah... baik jadi jurulatih...bantu anak Malaysia lagi bagus..."

Monday 6 August 2012

'Sarang’ kaki ponteng puasa

SELAMBA...dua pengunjung lelaki minum di kolam memancing komersial.

KUALA LUMPUR: Restoran makanan segera, kedai mamak dan kedai serbaneka 24 jam menjadi pilihan segelintir ‘kaki ponteng’ puasa di ibu kota mendapatkan juadah berbuka awal.

Tinjauan mendapati antara lokasi tumpuan kalangan kaki ponteng puasa terbabit menjamu selera mereka ialah di sebuah kolam memancing komersial di sini.

Seorang penduduk berhampiran yang hanya mahu dikenali sebagai Razak, 40-an, mendakwa jumlah pengunjung kolam terbabit bertambah setiap kali Ramadan sejak ia beroperasi kira-kira tujuh tahun lalu.

Katanya, sepanjang tempoh itu, tiada operasi membanteras kegiatan ponteng puasa oleh pihak berkuasa terhadap kalangan kaki pancing termasuk orang awam sehingga ada melabelkan ia sebagai lokasi ‘selamat’.

“Setiap kali bulan puasa bilangan pengunjung kolam berkenaan bertambah khasnya pada waktu siang, tetapi sebahagian besar daripadanya tidak memancing sebaliknya duduk lepak menghisap rokok, minum dan ada lebih berani makan di bangku kolam di kawasan terbuka.

“Ia sesuatu yang menyedihkan kerana kolam berkenaan terletak berhampiran kawasan perumahan. Justeru, saya meminta pihak berkuasa memantau perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap kaki ponteng puasa terbabit,” katanya.


Sementara itu, wartawan yang menyamar pengunjung terkejut apabila mendapati majoriti pengunjung termasuk kaki pancing selamba menghisap rokok dan minum tanpa mempedulikan keadaan sekeliling.

Menurut seorang kaki ponteng puasa, dia mendapat tahu lokasi itu selamat untuk makan dan minum di bulan puasa daripada seorang rakan. Pada mula memang takut-takut, tetapi selepas beberapa tahun, kolam ini menjadi lokasi dia dan rakan-rakan menjamu selera setiap kali bulan puasa.

“Abang jangan risau, tempat ini selamat. Abang hisap saja rokok, orang tak kisah kerana semua tak puasa,” katanya.- myMetro

Tindih anak sampai mati

BERI KETERANGAN...anggota polis menyoal ahli keluarga mangsa

BUKIT MERTAJAM: “Saya berasa pelik dan curiga apabila mereka semua berkurung dalam bilik itu sejak jam 2 pagi (kelmarin) tanpa makan, minum dan tidak buka (pasang) penyaman udara.

“Kami semakin hairan apabila suami saya dihalau dan dituduh sebagai hantu ketika cuba masuk ke bilik itu awal malam tadi (kelmarin),” kata ibu saudara kepada seorang kanak-kanak perempuan yang ditemui mati dipercayai akibat ditindih beramai-ramai.

Dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Bukit Minyak Indah, di sini, kanak-kanak perempuan berusia dua setengah tahun itu, Chuah Wan Xuan dipercayai mengalami sesak nafas apabila ditindih tujuh ahli keluarganya iaitu ibu, bapa, nenek, ibu dan bapa saudara, dua sepupu serta seorang pembantu rumah warga Indonesia.

Mereka disyaki bertindak demikian ketika menyertai satu ritual atau upacara dalam sebuah bilik di rumah berkenaan yang dipercayai bertujuan menghalau hantu.

Menurut ibu saudara mangsa yang tidak mahu dikenali itu, sudah menjadi kebiasaan dia dan suami pergi ke rumah adik iparnya itu setiap petang untuk makan malam bersama.

Kena Belasah Juga Akhirnya Budak Cina Ni...


Namewee kena belasah oleh individu yang tidak dikenali ketika beliau sedang mengadakan sidang media.

Sunday 5 August 2012

Mungkinkah ini penyebab Chong Wei kalah?

Dalam pertandingan akhir badminton Olimpik semalam Dato’ Lee Chong Wei tertewas kepada pemain China Lin Dan dalam permainan tiga set. Selepas Chong Wei menang set pertama kita merasakan seolah-olah Chong Wei boleh menjuarai badminton perseorangan Olimpik kali ini,.. tapi apa kan daya !!.

Apakah Chong Wei terganggu dengan kehadiran badak air yang pernah membuatnya lemas dan fobia satu ketika dulu. Mungkinkah bau masam-masam kelat yang mencucuk hidung itu tiba-tiba menghantuinya ! Kalau tidak tak kan prestasi Chong Wei merudum di set kedua!

Seperti yang kita harap, Chong Wei tetap bangkit di set penentuan, dan beliau hampir-hampir memenanginya, namun akhirnya terpaksa akur juga,.. kalah dengan mata 19-21. Mungkin nasib tidak menyebelahinya !! Apa-apa, shabas juga buat Chong Wei kerana telah mengekalkan pingat perak dan menjadikannya pingat pertama untuk Malaysia dalam sukan olimpik kali ini.

Oleh : rahimothman

Jadi Artis Jalan Pintas Untuk Dapat Datuk?

Komposer Ajai Bakal Terima Gelaran 'Datuk'.


Komposer terkemuka Ajai telah disahkan bakal menerima pingat penganugerah yang dinobatkan gelaran 'Datuk' tidak lama lagi.

Ianya disahkan dalam akhbar Mingguan Malaysia semalam menerusi salah satu slot dalam segmen hiburan Pancaindera. Menerusi penulis yang menggunakan nama samaran Joyah, beliau mendakwa maklumat dan sumber yang dipercayai mengenai penganugerahan 'Datuk' terhadap komposer tersebut.

Wartawan tersebut juga cuba menghubungi Ajai bagi mengesahkan perkara tersebut akan tetapi gagal.

Ramai dari kalangan beberapa masyarakat yang menganggap penganugerahan tersebut tidak releven tidak kurang juga menyokong atas alasan krelibiliti dan sumbangan Ajai dalam Industri seni dengan menghasilkan beberapa buah lagu yang berkualiti dan mampu memberi kejayaan besar.

Malah ianya juga dikatakan satu pengikhtirafan terhadap industri seni yang tidak boleh dipandang rendah dari mana-mana pihak berdasarkan peningkatan sumbangan industri ini dalam menaikkan imej Negara di samping memberi sumbangan dalam menjana ekonomi Negara.

Bekas suami Penyanyi Nurul tersebut pernah menghasilkan beberapa buah lagu popular yang pernah dinyanyikan beberapa artis termasuklah Kris Dayanti dan Datuk Siti Nurhaliza.

Saturday 4 August 2012

Isteri Minta Cerai Kerana Suami Pandai Masak

Kisah bermula apabila seorang wanita Mesir meminta perceraian setelah dirinya sedar suaminya lebih hebat dalam hal memasak daripada dirinya.

Mohammed Said, seorang chef di Hotel Cairo, mengejutkan keluarganya ketika dirinya memasak untuk makan malam pada awal bulan Ramadan. Saat itu, seluruh anggota keluarganya tengah berkumpul untuk menunggu waktu berbuka puasa.

Said menunjukkan bakat memasaknya yang didapatkan lewat pelatihan memasak di hotel. Dirinya pun terlihat dapat mengalahkan istErinya, Nahal, dalam hal memasak. Demikian seperti dilansir RIA.

Nahal pun akhirnya meminta cerai kepada suaminya setelah kedua putranya meminta ayahnya terus memasak untuk keluarga. Anak-anaknya pun menyatakan lebih menyukai masakan yang dimasak ayahnya daripada ibunya.

Meski demikian, pengadilan di Mesir terpaksa menunda proses pengadilan kedua pasangan suami istEri tersebut sampai akhir bulan Ramadan. Pengadilan berharap Nahal akan mempertimbangkan pilihannya, kerana tanpa perceraian keharmonian di keluarga Said akan tercipta.

Guru Wanita Yang Terlampau...

Bekas guru di sekolah menengah terkemuka di Singapura yang dikatakan mengadakan hubungan seks dengan seorang budak lelaki bawah umur, telah didakwa.

Guru wanita itu berusia dalam 30-an, didakwa di mahkamah, kelmarin.

Menurut akhbar Straits Times, beliau mengadakan hubungan seks dengan kerelaan dengan pelajar itu beberapa kali.

Pertama kali mereka mengadakan hubungan seks pada Januari, tahun ini.

Pihak pendakwa raya berjaya mendapatkan perintah agar nama budak itu tidak didedahkan.

Tertuduh tidak diwakili dan mungkin akan menghadapi tuduhan sama yang lain.

Beliau akan dihadapkan ke mahkamah sekali lagi pada 18 Ogos dan ikat jamin sebanyak S$10,000 (RM25,128) akan dilanjutkan hingga tarikh berkenaan. - ST

Celaka Seorang Isteri


Saya bekerja sebagai seorang ketua eksekutif di sebuah syarikat swasta. Isteri saya bekerjagai juru audit di sebuah syarikat swasta juga. Kami mempunyai seorang anak perempuan yang kini berumur 13 tahun, wajahnya secantik ibunya dan hidungnya matanya dan pipinya mirip saya. Dialah buah hati saya dunia dan akhirat.Semuanya terjadi pada dua tahun lepas selepas hari raya haji. Saya perhatikan sikap isteri saya tak macam biasa.

Dah lebih 10 tahun kami bersama takkan saya tak dapat kesan perubahan sikapnya. Mana tidaknya, kadangkala saya sembunyi-sembunyi perhatikan tingkah lakunya. Saya lihat dia semakin gemar membawa handphonenya kemana-mana walau ke bilik air. Saya cuba nak mintak dan nak lihat handphonenya tetapi berjuta alasan yang dia berikan. Dalam fikiransaya dah terfikir macam-macam. Saya cuba selami apa yang dia alami tetapi gagal. Nampak seperti dia menyembunyikan sesuatu dan layanannya juga tidak seperti dulu.

Kalau dulu, bila saya buat lawak, pasti dia yang akan ketawa dahulu walau pun cerita yang saya nak ceritakan belum habis lagi, tapi kini,setakat ketawa kecil untuk ambil hati saya. Itu baru soal sosial, belum lagi soal atas katil. Kalau dalam sebulan tu, dalam 5 kali yang saya minta cuma sekali yang saya dapat. Itu pun rasa macam buat dengan patung. Kalau dulu, bila saya mintak 5 kali, 8 kali pun dia sanggup walaupun dia sampai susah nak bangun pagi tapi sekarang nyata berbeza. Sampailah satu hari, mungkin tuhan kabulkan setiap doa saya dalamsolat supaya diberi petunjuk dalam menghadapi situasi macam ini. Isteri saya pergi mandi dan tertinggal handphonenya dalam laci didalam bilik.

Saya yang sedang bersiap nak pergi kerja terdengar handphonenya berbunyi mesej diterima. Terus saya buka laci dan capai handphonenya dan buka peti mesejnya. Tiada nama yang terpapar,cuma nombor sahaja. Saya cepat-cepat catat nombor handphone yangtertera ke dalam organizer. Kemudian saya baca isi mesejnya.Kesangsian saya mula memuncak bila terbaca mesejnya. Ianya berbunyi begini. “Lepas kerja tunggu kat tempat biasa”. Hati saya mulabergelora dan fikiran mula bercelaru. Tapi saya tahankan dan cepat-cepat padam mesej tu dan letakkan kembali handphone tu ditempatnya. Perlahan-lahan saya keluar dari bilik dan bersarapan.

Semasa saya bersarapan isteri saya siap mandi dan kemudian dia bersarapan bersama-sama saya. Saya cuba tahankan perasaan saya ketika itu dan buat macam tidak ada apa-apa yang berlaku. Kemudian kami pergi kerja menaiki kereta masing-masing. Sebelum itu, saya bawa bersama viewcam untuk digunakan sebagai pengumpul bukti.Anak saya bertanya kenapa saya membawa view cam ketika saya menghantarnya ke sekolah. Saya terpaksa berbohong kepadanya dengan mengatakan bahawa saya perlukannya untuk merakam aktiviti syarikat.Pada waktu petang, waktu yang dinantikan telah tiba. Saya menantikan kelibat isteri saya selepas waktu kerja dengan menunggu di sekitar hadapan pejabatnya di dalam kereta yang saya pinjam dari rakan. Saya tidak boleh gunakan kereta saya, takut isteri saya perasan.Sebelum itu, saya telefon rumah saya untuk pastikan anak saya selamat pulang dari sekolah, orang gaji saya memberitahu anak saya sedang membuat kerja sekolah. Sejuk hati saya mendengar berita itu. Tetapi hati saya bergelora kembali apabila terlihat isteri saya keluar dari pejabatnya dan terus menuju ke arah kereta yang tidak saya kenali. Nampaknya kereta tersebut telahpun menunggu isteri saya sebelum saya sampai.

Saya perhatikan kereta tersebut meninggalkan perkarangan pejabat isteri saya. Dengan berhati-hati saya ekori kereta tersebut dalam jarak yang selamat. Tiba-tiba handphone saya berdering, rupanya isteri saya telefon saya. Saya pelik, adakah dia dapat menghidu perbuatan saya. Saya jawab panggilannya dan hati saya hancur apabila dia memberitahu bahawa pada hari itu dia balik lewat dan ada meeting katanya. Bila saya tanya dia berada di mana, dia kata sedang bekerja di pejabat. Sungguh pilu hati saya melihat isteri saya berbohong di hdapan saya sendiri. Saya kuatkan semangat ingin membongkar apa sebenarnya yang terjadi dengan isteri saya. Saya ekori hingga ke sebuah restoran yang terkenal. Saya lihat isteri saya keluar dari kereta dan menuju ke restoran berkenaan bersama seorang lelaki yang saya rasa jauh lebih muda dari isteri saya. Mereka kemudiannya masuk dan saya nampak mereka memilih meja makan yang memudahkan untuk saya memerhatikan mereka. Hampir 3 jam saya lihat kemesraan mereka berdua. Kadangkala saya nampak lelaki itu seperti membetulkan tudung isteri saya dan mereka kadangkala ketawa kecil. Entah apa yang mereka bualkan saya pun tidak tahu. Berdosa saya pada hari itu kerana telah meninggalkan solat Asar dan Maghrib semata-mata mencari kebenaran.

Saya menunggu di dalam kereta sampai lenguh seluruh badan saya.Sekali sekala saya rakam perbuatan mereka di dalam view cam.Setelah sekian lama menanti, akhirnya mereka keluar dari restoran dan menuju ke arah kereta tadi. Saya rakam segala perbuatan mereka. Kemudian mereka bergerak menuju ke arah yang saya tidak pasti. Saya ekori lagi hinggalah saya tahu kemana tujuan mereka. Mereka kembali ke pejabat isteri saya tetapi melalui lorong belakang yang gelap dan sempit itu. Saya tidak dapat ikut kerana takut mereka sedar akibat lampu yang saya pasang. Saya akhirnya mengambil keputusan untuk berjalan menyusup dan menyelinap ke tempat-tempat yang tersembunyi untuk saya merakam perbuatan mereka di dalam kereta di tempat yang gelap itu setelah saya meletakkan kereta di tempat yang sesuai. Suasana di tempat itu amat gelap. Yang kedengaran hanya deruman bunyi kereta lelaki tadi yang tidak dimatikan enjinnya. Saya cari tempat yang sesuai dan tersembunyi agar tidak disedari mereka. Saya cuba zoom view cam tetapi tidak nampak apa-apa kerana gelap. Kemudian saya hidupkan fungsi tangkapan gambar dalam gelap yang mana saya dapat lihat setiap sesuatu walaupun dalam keadaan yang amat gelap melalui view cam saya. Saya amat terkejut bila mendapati mereka sedang berasmara.

Saya lihat mulut mereka bercantum dan setelah agak lama, saya lihat lelaki itu menurunkan tempat duduk yang diduduki oleh isteri saya. Apa yang saya agak mereka pasti sedang berbaring bersama. Saya terpaksa berdiri lebih dekat di tempat yang selamat untuk merakam apa yang mereka lakukan.


Hati saya hancur lulur pada ketika itu. Saya sedar, syaitan mula berbisik menyuruh saya menamatkan sahaja riwayat kedua-dua makhluk yang sedang berzina itu disitu juga, tetapi saya tetap bersabar dan terus merakam setiap perbuatan mereka. Saya sedar, tuhan menyebelahi saya. Kebencian saya meluap-luap. Terus saya padamkan view cam dan dengan berhati-hati saya berjalan kembali ke kereta. Saya sampai di rumah selepas memulangkan kembali kereta rakan saya dan memandu kereta saya pulang. Saya lihat kereta isteri saya masih lagi tidak ada di garaj. Bermakna dia belum balik lagi. Saya masuk rumah, mandi dan solat.

Dalam solat saya menangis dan berserah kepada Allah untuk menegakkan jalan bengkang bengkok yang dicipta oleh isteri saya itu. Kemudian saya pergi ke bilik anak saya. Saya lihat anak saya sedang lena tidur. Sekali lagi saya menangis melihat anak saya yang tidak berdosa itu. Pada ketika itu saya terfikir, apakah dosa saya sehingga begini hebat dugaan tuhan kepada saya. Kedengaran bunyi kereta isteri saya tiba di garaj. Saya lantas keluar dari bilik anak saya dan menuju ke pintu untuk membukakan pintu supaya isteri mudah masuk ke dalam. Isteri saya terkejut melihat saya masih belum tidur. Dia cuma tersenyum dan mengatakan banyak perkara-perkara berbangkit ketika mesyuarat yang membuatkan dia pulang lewat. Dalam hati saya bergetus sendirian, perempuan laknat. Berani kau menipu hidup aku dan anak aku. Tetapi saya menyembunyikan perasaan itu dengan tersenyum dan saya lihat pakaian dan tudungnya tidak ada yang tidak kena. Semuanya rapi seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Dasar perempuan jalang, tahu sahaja menyembunyikan tahi yang diberakkan di tengah jalan tadi.

Dan pada malam itu saya biarkan isteri saya tidur sendirian. Saya tidur menemankan anak saya didalam bilik anak saya walau pun pada malam itu, selepas isteri saya mandi, dia minta disetubuhi. Saya beri alasan saya penat, sedangkan saya tahu niatnya, untuk menyembunyikan angkara perbuatannya tadi. Manalah tahu jika ianya membuahkan hasil, sekurang-kurangnya dia dapat meyakinkan bahawa hasil itu adalah dari benih saya. Sudahlah, saya dah menjangkakan semua kemungkinan dan muslihat itu setelah melihat apa yang dia lakukan tadi.Pada keesokkannya, hari sabtu. Saya dan isteri tidak bekerja. Saya ambil kesempatan itu untuk memasukkan apa yang saya rakamkan malam tadi ke dalam CD menggunakan laptop saya secara sembunyi – sembunyi. Saya lakukannya di dalam kereta agar tidak diketahui oleh sesiapa. Kemudian, pada sebelah petangnya saya berbincang bersama isteri saya berdua di dalam bilik. Saya bertanyakan adakah dia sudi jika saya menceraikannya jika dia sudah mempunyai lelaki yang lebih baik dari saya.

Dia menyangkal kata-kata saya dengan mengatakan saya kuat cemburu dan dia meyakinkan saya bahawa tiada insan lain dalam hidupnya melainkan saya sorang. Kemudian saya katakan kepadanya, bagaimana jika saya ada bukti yang menunjukkan bahawa dia berbohong. Pada ketika itu air muka isteri saya mula berubah. Tetapi dia sengaja mengalihkan cerita. Saya yang sudah tidak dapat bersabar terus mengarahkannya mengemas pakaian dan memberitahu bahawa kami akan pulang ke rumah ibu bapanya pada hari itu juga.

Isteri saya terkejut dengan tindakan saya. Kemudian dia mula menanyakan berbagai soalan.Dari nada suaranya saya tahu, dia sedang dalam keresahan. Dia takut saya dapat menghidu perbuatannya. Saya terpaksa meninggikan suara akibat terdorong rasa marah yang teramat sangat. Tak pernah saya bersikap sebegitu selepas kawin cuma pada hari bersejarah itulah saya bertukar rupa sebentar. Kemudian saya meminta anak saya mengemas pakaiannya dan memberitahu bahawa kami akan pulang ke kampung. Bukan main gembira anak saya, dapat berjumpa atuk dan neneknya yang dirindui. Tetapi hati saya menjadi sebak melihat telatah anak saya. Seorang anak kecil yang mash tidak mengerti erti hidup. Anak saya seakan mengetahui hati saya. Tiba-tiba dia berhenti melompat kegirangan dan dia terus menuju kepada saya sambil bertanya kenapa dengan saya. Kenapa saya nampak sedih. Saya berkata saya letih tetapi anak saya kata saya tipu. Dia seboleh-boleh minta saya beritahunya kenapa perwatakan saya tidak seperti biasa.

Saya menjadi teramat sebak. Seorang anak kecil menjadi terlalu perihatin dengan papanya. Mengalir air mata saya. Saya peluk anak saya, saya cium dia. Saya beritahu dia bahawa nanti bila sampai rumah atuk dia akan tahu. Anak saya hanya mengangguk dan terus masuk kebiliknya mengemas pakaian selepas diminta oleh saya. Dalam perjalanan kami tidak banyak berbual. Saya hanya menumpukan perhatian pada jalan raya dan hilang selera saya untuk berbual bersama isteri. Isteri saya tidak habis-habis bertanyakan kenapa saya membisu dan tidak banyak bercakap.


Tetapi saya hanya diam. Cuma celoteh anak saya yang membuatkan saya kadang-kadang tertawa kecil. Sampai di rumah mertua saya, mereka sungguh gembira melihat anak, menantu dan cucunya pulang. Terasa seperti tidak sampai hati untuk saya meluahkan apa yang terbuku di hati saya kepada mereka. Sehinggalah pada keesokkannya, selepas solat zohor saya meminta kedua-dua mertua saya dan isteri saya duduk di ruang tamu untuk membincangkan satu perkara. Isteri saya kelihatan tenang dan saya tahu, itu hanyalah luaran sahaja, sedangkan hatinya lebih berkecamuk dari apa yang saya alami sekarang. Saya suruh anak saya masuk ke bilik mak usunya bermain komputer bersama mak usunya. Kemudian bapa mertua saya bertanya, apakah hajat sebenarnya saya memanggil mereka. Apakah perkara yang hendak dibincangkan. Saya seperti hendak menangis ketika saya bertanyakan kepada mereka, apakah pendapat mereka jika saya pulangkan kembali isteri saya kepada mereka.

Mereka terkejut, begitu juga isteri saya. Kemudian mereka bertanya, apakah salah anak mereka sehingga saya ingin mengambil keputusan sebegitu rupa. Begitu berat saya hendak meluahkan. Saya terdiam tidak terkata. Setelah berkali-kali dihujani soalan kenapa dan mengapa, akhirnya saya mengatakan bahawa isteri saya sudah ada yang lain dan telah pun berzina dengan disaksikan oleh mata saya sendiri.

Mengucap panjang mertua saya. Mereka terus bertanyakan kepada isteri saya. Isteri saya menafikan sesungguh-sungguhnya sambil memeluk ibunya. Tidak cukup dengan itu, isteri saya terus mengatakan bahawa saya kuat cemburu dan mengatakan dia memang selalu pulang lewat malam tetapi atas urusan tugas, bukan bermesra dengan orang lain. Mertua saya bertanyakan soalan bertalu-talu kepada saya dan isteri saya sehinggalah saya sudah tidak dapat bersabar terus saya pergi ke kereta, mengambil CD dan saya pasangkannya di VCD player yang terletak di ruang tamu.

Mertua saya mengucap tidak henti-henti setelah melihat apa yang ditayangkan dihadapan mata mereka. Rakaman kecurangan anak mereka bermain di hadapan mata mereka. Isteri saya hanya menundukkan kepala sambil menangis teresak-esak. Kemudian isteri saya bangun mendapatkan saya dan dipeluknya kaki saya sambil meraung-raung meminta ampun dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatannya itu.Pada ketika itu, saya tidak sedar anak saya dan adik ipar saya keluar daripada bilik akibat terdengar raungan isteri saya. Mereka terus ke ruang tamu tanpa kami sedari dan mereka melihat tayangan kecurangan isteri saya. Kemudian saya terdengar suara anak saya bertanyakan kenapa mamanya memeluk lelaki lain dan bukan papanya di dalam television itu dan kenapa mamanya memberi lelaki itu memegang buah dadanya.

Saya yang menyedari anak saya berada di ruang tamu dengan pantas menutup television. Saya lihat wajah anak saya yang kehairanan akibat terlihat tayangan tersebut dan juga setelah melihat mamanya meraung-raung dikaki saya. Wajah adik ipar saya juga dalam keadaan terkejut. Tangannya menutup mulutnya dengan matanya yang terbeliak akibat terkejut setelah mengetahui perbuatan kakaknya itu. Terus sahaja diamenarik tangan anak saya masuk ke bilik. Kedua-dua mertua saya tidak dapat berkata walau sepatah kata pun.Seminggu selepas kejadian itu, saya dan isteri saya pergi ke mahkamah syariah dan memohon perceraian. Selepas perbicaraan dan bukti-bukti yang kukuh, saya mendapat hak penjagaan anak saya.Kemudian saya meminta bekas isteri saya supaya menikah dengan lelaki yang saya nampak pada hari itu dengan disaksikan oleh hakim dan orang-orang pejabat agama.

Selepas kejadian itu, saya tinggal bersama anak saya dan sebulan sekali bekas isteri saya datang melawat anaknya. Sehinggalah selepas beberapa bulan, saya tidak nampak lagi batang hidungnya menjengok anaknya dan dari cerita yang saya dengar dari orang-orang tempat dia bertugas, selepas bekas isteri saya berkahwin dengan lelaki tersebut, dia memakan hati kerana lelaki tersebut ada hubungan sulit dengan perempuan lain. Mungkin itulah balasan Allah kepadanya. Sehinggalah pada hari raya puasa yang lalu, saya berziarah ke rumah bekas mertua saya atas desakan anak saya. Di sana saya berpeluang berjumpa dengan bekas isteri saya. Saya lihat, dirinya tidak lagi seperti dahulu.

Tubuh yang dahulunya montok dan menawan kini semakin kering. Dari wajahnya saya tahu bahawa dia memang benar-benar makan hati dengan suami barunya yang dicintai dan diberahikan itu.

Tapi hati saya sudah tertutup rapat untuk menerimanya lagi. Saya lihat suami barunya agak tampan tetapi umurnya masih muda jika nak dibandingkan dengan isteri saya. Biarlah, Allah sudah pun temukan mereka berdua. Bahagia atau tidak itu bukan kerja saya, itu kerja tuhan. Yang penting, saya kini memulakan hidup baru dengan anak kesayangan saya. Dialah harta yang tidak ternilai untuk saya di dunia dan akhirat. Saya akan pastikan anak saya melalui jalan hidup yang betul agar hidupnya tidak menyimpang daripada ajaran Allah yang sebenar.

Tikus Bertukar Jadi Ayam..

Di China , penduduk-penduduk di sana ‘begitu bijak’ menukarkan seekor tikus menjadi daging ayam yang begitu lazat!
Pada peringkat awal untuk ‘menukarkan’ hidangan tikus kepada ayam, mereka akan membakar tikus terlebih dahulu.
Kemudian, daging tikus itu diperap untuk seketika sebelum digoreng.
Selepas cukup masa, daging tikus digoreng dan hasilnya menampakkan seperti seketul peha daging ayam yang begitu lazat!
Malah, kalau dinikmati peha daging ‘ayam’ itu, mungkin anda akan percaya kerana ketulan daging tikus itu sama dan mempunyai lemak-lemak seperti peha ayam.Jadi berhati-hati lah ketika bercuti ke luar negara.






Friday 3 August 2012

Turban Rozita Che Wan Jadi Tumpuan

Kalau dah namanya Rozita Che Wan, pasti akan mencuri tumpuan para jurugambar di mana-mana majlis yang dihadirinya. Terbaru semasa menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Astro, Rozita Che Wan tampil dengan imej berturban. Memang gorgeous sangat!!!





Maria Sharapova hot Wallpaper

Mary Yuryevna Sharapova (Russian: Мария Юрьевна Шарапова? · I, Mariya Yur'evna Sharapova, born April 19, 1987) is a Russian professional tennis player. A World No modifications. 1, she was on November 15, 2008, ranked World No.. 9 by the Women's Tennis Association. Sharapova has won three Grand Slam titles I ngles. In 2004, at the age of 17, she won Wimbledon, defeating Serena Williams in the Final. She has since won the 2006 U.S. Open, defeating Justine Henin in the Final, and the 2008 Australian Open, defeating Ana Ivanovic in the Final. Sharapova has represented Russia in Fed Cup, although her ​​appearance have been controversial. She has been featured in a number of modeling assignments, including a feature in Sports Illustrated. In July 2008, as a result of her success both on and off court, she was the world's highest-paid female athlete.]

Maria Sharapova hot pictures

Maria Sharapova hot pictures

Maria Sharapova hot pictures

Maria Sharapova hot pictures

Maria Sharapova hot pictures

Maria Sharapova hot pictures

Maria Sharapova hot pictures

Maria Sharapova hot pictures

Maria Sharapova hot pictures

Maria Sharapova hot pictures

Maria Sharapova hot pictures

Maria Sharapova hot pictures


Maria Sharapova hot pictures

Maria Sharapova hot pictures

Maria Sharapova hot pictures

Maria Sharapova hot pictures

Maria Sharapova hot pictures

Maria Sharapova hot pictures